Keluarga Aburame Senarai_keluarga_Konohagakure

Keluarga Aburame mungkin merupakan keluarga paling misteri di Konoha. Tidak banyak yang diketahui tentang keluarga ini kecuali mereka menggunakan serangga sebagai senjata. Satu ciri yang menunjukkan identiti seseorang sebagai ahli keluarga Aburame ialah penggunaan cermin mata hitam untuk menyembunyikan mata mereka.

Serangga khas hidup secara simbiosis dengan perumahnya. Serangga ini hidup di bawah kulit perumahnya dan boleh keluar masuk melalui liang-liang roma. Serangga ini dipanggil 'kikaichu' atau 'kikai mushi' yang bermaksud 'serangga pemusnah'. Mereka makan chakra yang dipunyai oleh perumah dan sebagai balasan, mereka bertindak sebagai senjata bagi perumah tersebut dalam pertarungan. Seekor serangga betina boleh dibiarkan pada sasaran dan kemudiannya dijejaki melalui bau serangga tersebut. Serangga tersebut juga boleh dihantar mengintip dan memaklumkan perumahnya tentang maklumat yang dikumpul. Oleh sebab itu, keluarga Aburame cekap melaksanakan misi mengumpul maklumat (boleh berkomunikasi dengan serangga) dan kombat (boleh menyerang tanpa membuat bising).